Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), adalah inisiatif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuanselaras dengan program-program yang menjana transformasi kerajaan pada masa ini atau pakej bantuan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelaksanaan program i-TR1M ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penggunaan NetBook 1Malaysia yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar terpilih kerana sebahagian besar program i-TR1M dikendalikan secara online.
Program i-TR1M boleh dijadikan sebagai usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan pelajar-pelajar terpilih di samping usaha gigih yang telah dilaksanakan oleh guru-guru mereka di dalam kelas. Adalah diharapkan program ini boleh memberikan impak yang besar kepada meraka dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar kurang berkemampuan berbanding kumpulan pelajar yang lebih berkemampuan.
|
SK Lekir antara sekolah dalam negeri Perak yang dipilih untuk menerima program i-tr1m. Program i-tr1m ini telah diberi secara percuma kepada 59 orang murid Tahun 6 SK Lekir yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran.
No comments:
Post a Comment