I made this widget at MyFlashFetish.com.

FROG VLE

Saturday, April 14, 2012

KURSUS PEMBINAAN BLOG

TARIKH:14 APRIL 2012
TEMPAT:MAKMAL KOMPUTER SK LEKIR
ANJURAN:UNIT ICT SK LEKIR

Unit ICT SK Lekir telah menjalankan satu kursus iaitu Kursus Pembinaan Blog yang telah bermula pada pukul 8.00 pagi hinggalah 12.00 tengahari. Kursus ini telah disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari SK Lekir iaitu Pn. Noor Azrina binti Mazlan di bantu oleh Cik Haryani binti Hanafi sebagai fasilitator. Semua guru dan staf SK Lekir telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini diadakan adalah sebagai satu pendedahan kepada semua guru dan staf bahawa blog juga adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, sebagai satu bahan alat bantu mengajar serta juga sebagai tempat rujukan maklumat bagi semua guru serta seluruh warga SK Lekir.

Para peserta kursus telah menunjukkan satu pencapaian yang baik kerana mereka telah dapat menghasilkan blog-blog yang menarik. Apa yang diharapkan adalah semoga semua itu tidak hanya berakhir disini sahaja dan seharusnya blog-blog yang dihasilkan itu sentiasa dikemaskini.


No comments:

Post a Comment