FROG VLE
Friday, November 16, 2012
NOTA FROG VLE
Sila klik PANDUAN GURU untuk membaca dan memahami mengenai Frog VLE. Panduan ini juga amat berguna untuk ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Lekir dalam usaha membantu anak-anak menggunakan Frog VLE ini di rumah .
FROG VLE
FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
APAKAH VLE?
APAKAH VLE?
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Wednesday, November 7, 2012
Monday, September 24, 2012
KSSR
LATAR BELAKANG
Transformasi
Transformasi
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
Saturday, August 4, 2012
NUZUL AL-QURAN
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang
ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam
Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke
bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW
maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya
yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’
bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang
menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat,
muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering
dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau
‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan
al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di
dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam
al-Quran. Firman Allah:
Dan
tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat
seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam
sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan
Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail
ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul
Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa
sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya
berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik
dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran
dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama
lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis
Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia
kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan
izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan
berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat)
itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan
satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah
menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80
tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat
kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada
Rasulullah SAW menyatakan bahawa
Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun
membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini
lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah
SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam
hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul
qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada
bulan Ramadhan.
Panduan
Dari
maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan
panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah
seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan
umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila
kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila
disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam
al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan
yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek
kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan
teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran,
kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului
umat-umat lain di dunia ini.
Manakala
penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu
‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu
pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan
penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam
penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui
satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara
ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi
Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam
akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana
ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan.
Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di
10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini
akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu
sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh
hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi
mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka
kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang
tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam
pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam
al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21
Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga
hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan
seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya
bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu
adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah
kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari
satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang
akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam
Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap
Kesimpulan
Sebagai
kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini
sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita
seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu
pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang
lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui
penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah
suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu
kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu
pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan
penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya
memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari
belenggu kelemahan dan penghinaan.
Sunday, July 29, 2012
MERDEKA 55 TAHUN
Tema Hari Merdeka 2012. “1Malaysia 55 tahun, Janji
Ditepati”(UPDATED) dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55
tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

Monday, July 9, 2012
Thursday, April 26, 2012
UJIAN PERMATA PINTAR
Monday, April 23, 2012
LADAP....
SISTEM PENGURUSAN EVIDENS DAN ANALISA KSSR (SPEAK)
TARIKH:23 APRIL 2012
HARI:ISNIN
MASA:2.00 PTG - 5.00 PTG
TEMPAT:MAKMAL KOMPUTER SK LEKIR
PENCERAMAH:EN ABDUL RAHMAN ADAS BIN ARIFFIN (MUTIARA IT)
Saturday, April 14, 2012
KURSUS PEMBINAAN BLOG
TARIKH:14 APRIL 2012
TEMPAT:MAKMAL KOMPUTER SK LEKIR
ANJURAN:UNIT ICT SK LEKIR
Unit ICT SK Lekir telah menjalankan satu kursus iaitu Kursus Pembinaan Blog yang telah bermula pada pukul 8.00 pagi hinggalah 12.00 tengahari. Kursus ini telah disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari SK Lekir iaitu Pn. Noor Azrina binti Mazlan di bantu oleh Cik Haryani binti Hanafi sebagai fasilitator. Semua guru dan staf SK Lekir telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini diadakan adalah sebagai satu pendedahan kepada semua guru dan staf bahawa blog juga adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, sebagai satu bahan alat bantu mengajar serta juga sebagai tempat rujukan maklumat bagi semua guru serta seluruh warga SK Lekir.
Para peserta kursus telah menunjukkan satu pencapaian yang baik kerana mereka telah dapat menghasilkan blog-blog yang menarik. Apa yang diharapkan adalah semoga semua itu tidak hanya berakhir disini sahaja dan seharusnya blog-blog yang dihasilkan itu sentiasa dikemaskini.
Monday, February 6, 2012
MAKMAL KOMPUTER SEBAGAI MAKMAL BAHASA
Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 adalah berkaitan.
Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia.
Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.
Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan perkara-perkara berikut:
Objektif :
Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :

- Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa;
- Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa;
- Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah;
- Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Objektif :
- Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
- Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- . Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar.
- Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan.
Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :
- Head set
- Spliter
- LCD Monitor
- Classroom Monitoring System (perisian platform bagi perlaksanaan p&p)
- Perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)
Subscribe to:
Posts (Atom)