I made this widget at MyFlashFetish.com.

FROG VLE

Thursday, October 16, 2014

Tutorial : Membetulkan Pendrive Yang Dijangkiti Virus - PENDRIVE SHORTCUT VIRUS

Ada antara cikgu-cikgu yang menghadapi masalah isi kandungan pendrive yang mana fail atau folder menjadi shortcut? 

dah scan antivirus pun tak jadi juga.. akhir sekali bila dah frust, cikgu padam terus fail !!
Ada user panggil benda ni PENDRIVE SHORTCUT VIRUS. 

Perkara ini dah lama jadi dalam kalangan guru dan pengguna lain terutamanya apabila menggunakan pendrive/thumbdrive/flash drive yang sama dari 1 pc/laptop ke pc/ laptop yang lain. Oleh itu folders tertera seperti dalam gambar yang diberikan.

Penyelesaian
Windows 7
1. Klik START
2. Taip 'cmd' di bahagian [search program and files]
3 TAIP attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (copy '-h -r -s /s /d g:\*.*' n paste ke ruangan cmd untuk memudahkan cikgu )
4. GANTIKAN 'g' tersebut dengan huruf yang mewakili pendrive/thumbdrive/flash drive anda , then tekan ENTER

Selepas itu semua akan kembali dalam keadaan asal tapi folder yang menjadi shorcut tersebut masih ada walaupun folder asal sudah kembali sediakala.. dan anda boleh padam shortcut tersebut....
panduan bergambar diberikan ...